Every Holiday

Cuti umum

China · 2026. Lihat tarikh, nama dan makna cuti umum mengikut negara.

Kalendar
China
Cuti umum33 hari
Cuti umum yang tinggal—

33 hari dipaparkan

Januari

  • Tahun Baru Hari Tahun Baru merupakan hari pertama dalam setiap tahun. Berdasarkan kalendar Gregory, hari ini diraikan pada 1 Januari, yang jatuh genap seminggu selepas Hari Krismas tahun sebelumnya.

Februari

  • Tahun Baru Cina Tahun Baru Cina atau Hari Raya Cina (Cina ringkas: 农历新年; Cina tradisional: 農曆新年; pinyin: Nónglì xīnnián) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam takwim qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak.

April

  • Perayaan Qingming Perayaan Qingming (Cina Tradisional: 清明節, Cina Ringkas: 清明节, pinyin: qīng míng jié), juga dipanggil Pesta Ching Ming, Ceng Beng atau (diterjemah sebagai "Perayaan Jelas dan Terang"), merupakan perayaan Cina yang diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk (atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga), dan lazimnya diadakan sekitar pada 4, 5 atau 6 April setiap tahun, iaitu hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga mengikut takwim Gregorius (lihat kalendar Cina). Pada setiap tahun lompat pula, Qing Ming diadakan pada 4 April.

Mei

  • Hari Pekerja Hari Pekerja (Tulisan Jawi: هاري ڤكرجا) atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.

Jun

  • Perayaan Perahu Naga Perayaan Duan Wu (Cina ringkas: 端午节; Cina tradisional: 端午節; pinyin: Duānwǔ Jié, bermaksud "hari penghulu kelima" menurut kiraan takwim Cina, ialah perayaan tradisional masyarakat Cina yang disambut pada hari kelima bulan kelima dalam kalender lunisolar Cina, bersamaan dengan akhir Mei atau awal Jun dalam kalendar Gregory. Perayaan ini disambut memperingati Qu Yuan (屈原), seorang penyair patriotik dan pegawai kerajaan negeri Chu yang hidup pada zaman Negara-Negara Berperang.

September

  • Perayaan Pertengahan Musim Luruh Perayaan Kuih Bulan atau Sembahyang Bulan Lapan ialah salah satu perayaan yang paling penting kepada orang Cina; ia disambut sehebat Tahun Baru Cina. Sejarah perayaan ini dipercayai bermula lebih 3,000 tahun dahulu.

Oktober

  • Hari Kebangsaan China Hari Kebangsaan Republik Rakyat China, kadang-kadang disebut sebagai Hari Kebangsaan dan Hari Nasional, ialah hari cuti yang disiapkan untuk memperingati penubuhan Republik Rakyat China . Tarikh perayaan ditetapkan pada 1 Oktober .